Alat kelamin lelaki dipanggil Zakar dan ia mempunyai beberapa komponen utama iaitu
kepala zakar, batang zakar dan buah zakar. Batang zakar adalah semata‐mata urat yang
sarat dengan darah di dalam pembuluhnya apabila ia menegang. Kepala zakar ialah alat
utama yang mempunyai sensasi paling kuat berbanding bahagian yang lain. Ia adalah
bahagian yang amat peka kepada sentuhan. Faedah orang yang berkhatan ialah bahawa
kepala zakarnya kurang sensitif pada sentuhan dan kepala zakar itu menjadi kulit yang
lebih kasar dan lebih memberi nikmat kepada perempuan.
Adalah penting untuk mengetahui bahagian kepala zakar anda. Yang baiknya ialah jika
anda mempunyai kepala zakar yang besar. Di takuk zakar itu ada daging‐daging yang kesat
jika disentuh. Bahagian ini amat memberi nikmat kepada isteri apabila anda menarik zakar
anda di dalam lubang farajnya bila berjimak. Anda juga mempunyai Gigi Zakar iaitu daging
yang juga kesat berada di bahagian hujung batang zakar di bawah takuk zakar. Daging‐
daging kecil ini juga memberi nikmat yang besar apabila bergesel dengan dinding rahim
isteri anda. Maka apabila berjimak, pastikan anda gunakan bahagian ini dengan sebaik‐
baiknya.
Satu lagi komponen pada zakar anda yang tidak banyak diketahui umum ialah Biji Zakar. Ia
tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi anda boleh merasainya setelah selalu
membuat senaman tenaga batin. Ia dapat dirasai menonjol di hujung zakar anda di sebelah
atas lubang kencing itu. Biji zakar ini ialah alat yang bersentuh dengan batu meriyan isteri
anda iaitu bahagian pangkal rahim apabila anda memasukkan seluruh batang zakar itu ke
dalam faraj. Setiap kali Biji Zakar itu terhantuk kepada sesuatu (tidak semestinya batu
meriyan) ia berfungsi dua perkara; pertama, ia lebih menegangkan zakar dan kedual ia
menolong melambatkan keluar mani. Maka gunakanlah dengan cara yang sebaiknya bila
berjimak.
JENIS-JENIS ZAKAR
Ramai lelaki tidak tahu betapa besar atau kecilnya saiz zakarnya. Malah secara umumnya
lelaki yang punya saiz zakar normal (bersaiz purata) fikir bahawa zakarnya kurang
berbanding purata.
Setiap lelaki adalah unik dengan caranya tersendiri termasuklah dari segi saiz zakar. Ada
lelaki punya zakar yang panjang kurus, sementara ada pula yang besar tapi pendek, dan
yang dianggap beruntung oleh sebahagian wanita ialah lelaki yang punya senjata yang
panjang dan besar. Tapi bagaimanakah anda tahu di manakah anda berada? Bagaimanakah
untuk anda bandingkan dengan lelaki purata?
Cara mengukur zakar ialah dengan menggunakan pita pengukur. Ukurlah panjangnya,
besarnya serta kecondongannya bila ia mengeras. Bila anda sudah mengukurnya bolehlah
anda bandingkan dengan saiz purata zakar menurut kajian terkini di Barat.
Purata panjang zakar yang dicapai semasa ghairah dan mengeras diukur dari pangkal
batang zakar hingga ke hujungnya ialah 5.8 inci. Dengan membelitkan pita pengukur di
sekeliling pangkal zakar yang sedang mengeras akan diketahui pula berapa besarkah zakar
anda. Purata ialah 5 inci keliling atau 1.6 inci diameter.
Untuk mengetahui darjah kecondongan zakar, berdiri dengan belakang anda bersandar di
dinding. Zakar yang bila mengeras kecondongannya 180 darjah akan menjurus tepat ke
dagu anda. Jika kecondongannya 90 darjah, ia akan menjurus tepat ke depan anda. Jika 0
darjah ia akan menjurus tepat ke kaki anda. Secara purata, kecondongan zakar bila
mengeras ialah 106.8 darjah.
Jika ada keperluan, anda juga boleh mengukur zakar anda ketika ia lembik. Caranya ialah
mengukurnya sejurus saja anda membuka pakaian kerana ini dapat mengelakkan udara
panas atau sejuk menyebabkan zakar jadi kecut atau kembang. Secara purata, panjang
zakar bila lembik ialah 3.43 inci.
Adakah saiz zakar itu penting? Ini mungkin salah satu soalan yang paling kerap ditanya
di seluruh dunia. Ia sebenarnya adalah soalan yang tidak ada gunanya. Menurut Institut
Kinsey, zakar terpanjang dalam rekod ketika ia mengeras ialah 13 inci sementara yang
paling pendek ialah 1.75 inci. Saiz zakar itu penting hanya dan apabila anda fikir ia penting.
Jika isteri anda mahukan zakar yang besar, maka saiz zakar penting buat dirinya dan hanya
dirinya. Jika anda fikir zakar anda sepatutnya lebih besar, maka saiz zakar penting pada
anda dan hanya anda. Tapi saiz zakar tidak penting hingga ke satu tahap, untuk
memberikan rasa fizikal kepada isteri anda.
Ramai wanita melaporkan bahawa ramai lelaki punya saiz zakar yang panjang. Lubang
faraj hanya sekadar 5 inci panjangnya, hatta zakar yang kecil mampu menyentuh setiap
sudut dalam lubang faraj. Rahsia menikmatkan dan menggembirakan isteri dalam jimak
tidak ada kaitan dengan saiz zakar. Yang penting ialah tumpukan pada gerakan dan tempo
dayungan. Ramai wanita akan setuju bahawa saiz zakar saja tidak cukup untuk memuaskan